Blogger Layouts

ShoutMix chat widget

Monday, November 7, 2011

Artikel Usul Fiqh / tajuk 1

salam ukhwah...akhirnya,,siap jua tugasan yg diberikan oleh pensyarahku...tp sy xtau la betul ke x dgn apa yg beliau nak...ade 2 bentuk yg sy wt,,,first yg berkaitan tentang sesuatu isu....n second yg berkaitan tentang perbahasan hukum usul fiqh...

tajuk: BENARKAH insurans HARAM menurut ISLAM??

PENGENALAN

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya dalam kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 Masihi di London, sistem ini hanya tersebar di dunia Islam arab sekitar 1830 Masihi. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 Masihi @ 1252 H). Beliau merupakan fuqaha’ terkenal bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.

BENTUK ASAS INSURAN

Bagi memudahkan perbincangan ringkas ini, elok dijelaskan dua bentuk asas Insuran, ia adalah :-

1. Insuran Bersifat Perniagaan atau Komersial (Takmin Tijari)

2. Insuran Kerjasama atau Masyarakat (Takmin Ta’awuni @ ijtima’ie)

Pertama ialah Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) : Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) daripada jenis Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insuran ini mengandungi item seperti redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum), Ia ibarat kontrak yang mengandungi aspek ijab dan qabul. Kedua, pihak yang memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran. Ketiga adalah pencarum, di mana individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran. Kemudian keempat adalah yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain. Seterusnya yang kelima, dari aspek malapetaka atau musibah, iaitu jenis-jenis musibah dalam aspek kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.

Contoh bentuk Insuran seperti ini ialah Insuran terhadap musibah menimpa tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2. Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yang telah diketahui umum dalam dunia kehidupan di Malaysia.

Kedua, Insuran Bersifat Kerjasama atau Kemasyarakatan (Ta’awuni): Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma atau sumbangan daripada sesuatu Badan Pengurusan Insuran Kerjasama kepada para pencarumnya atas dasar saling bantu membantu mengurangkan bebanan musibah yang ditanggung pencarum (ahli masyarakat). Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan. Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati sepenuhnya tentang hukumnya walau bagaimanapun, majoriti ulama’ mengharamkannya, manakala jenis yang kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam.

SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM

Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang agak luas untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya pembaca perlulah melakukan kajian dan rujukan kepada Ulama yang khusus dalam bidang Fiqh di Universiti-universiti bagi penjelasan dengan lebih terperinci. Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut iaitu pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan), bab Riba dan pembahagiannya, Syarat jual beli dalam Islam, Jual beli Gharar dan pecahannya. Juga serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum).

Begitulah serba sedikti ilmu asas yang diperlukan bagi melahirkan kefahaman yang tepat dalam masalah ini. Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-

1. Terdapat Unsur Riba.

Secara umumnya, riba jelas wujud apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana yang disebutkan Nabi di dalam hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu’amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (contoh di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dengan syarat:

a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin – jika melibatkan timbangan seperti beras, gandum, garam dan lain2)

b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

c. Diserahkan di ketika mu’amalah di lakukan. (yadan diyadin iaitu tangan dengan tangan)

Syarat ini bersumber dari hadith :

لثمب لاثم لاإ بهذلاب بهذلا اوعيبت لا ,ضعب ىلع اهضعب اوفشت لاو )...ملسم و يراخبلا هاور

Maksud : Jangan kamu jual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu darinya di atas yang lain.” ( Al-Bukhari & Muslim)

يبت لا ءاوسب ءاوس لثمب لاثم نزوب انزو لاإ قرولاب قرولا لاو بهذلاب بهذلا اوع )

Maksud : Jangan kamu jual emas dengan pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan yang sama, nilaian yang sama..

Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dalam bentuk ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu tidak ada kesamaan nilai dalam urusniaga dua bentuk item ribawi. Manakala pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan ribawi adalah Riba An-Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar).

Nabi SAW bersabda dalam hadith yang shahih bahawa Baginda “Melarang daripada urusniaga yg mengandugi gharar” (Riwayat Muslim). Ia berlaku apabila, kedua-dua pihak (pencarum & syarikat) saling tidak mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan? Atau sebagainya. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata-mata.

Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad. Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dalam aspek ini. al-Imam an-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yang begitu hebat dalam menjamin keadilan. Contoh Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yang masih dalam keadaan janin dalam perut ibunya, Menjual burung yang terbang di udara. Ia menjadi gharar kerana tidak dapat dipastikan sempurnakah janin yang akan dilahirkan, dapatkah ditangkap burung itu. Maka sekiranya dibayar harga, tiba-tiba barangan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian seperti ini. Bagaimanapun, Islam memaafkan gharar yang sedikit tidak dapat dielakkan, serta yang diyakini tidak menjejaskan urusniaga. Banyak lagi dalam aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yang sukar untuk diperkatakan di dalam penulisan yang ringkas ini.

3. Terdapat unsur Perjudian.

Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini kerana ia berkait dengan nasib samada berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie dalam risalahnya halaman 14, juga ulama’ lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dengan carumannya yang sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yang lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian.

4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YANG MENGHARUSKAN

Kumpulan yang mengharuskan Insuran ini berhujah dengan dalil-dalil Qias (Perbandingan Hukum). Secara umum, mereka menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dengan mengqiaskan kepada beberapa sistem yang zahirnya kelihatan seperti sistem insuran, yang mana sistem-sistem ini diterima di dalam Islam. Mereka meng’qiaskan insuran dengan sistem berikut:

a. ‘Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan)

b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) – suatu aqad yang diterima pakai oleh ulama’ Mazhab Hanafi.

c. Maslahat (kepentingan tertentu)

d. Al-Wadi’ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak)

e. Sistem Pencen @ Persaraan (Nizom at-Taqa’ud)

f. Dharurat atau kerana hajat yang bersangatan (Hajiat)

KESIMPULAN

Isu ini adalah isu yang terdapat perbezaan fatwa dalam kalangan ulama’, ia masih dianggap perkara ijtihad. Terpulang kepada penilaian, ilmu dan iman masing-masing untuk menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jalan selamat adalah menuruti pandangan MAJORITI ULAMA’ dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa mengetahui hakikat isu ini pada pandangan Islam. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan Majoriti ulama’ semasa terutama Insuran Nyawa. Alternatif kepada keperluan sistem insuran adalah Insuran Kerjasama Kemasyarakatan (ta’awuni) yang tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi.

Sumber rujukan: Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman, Insuran Menurut Perspektif Islam, Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti al-Yarmouk, Jordan, zaharuddin@yahoo.com

p/s: sebarang komen,,dialu-alu kn di sini...syukran...

No comments: