Blogger Layouts

ShoutMix chat widget

Monday, November 7, 2011

Artikel Usul Fiqh / tajuk 2

HUKUM ISLAM DI DALAM HUBUNGAN SEORANG MUSLIM DENGAN NEGARA HARBI (NEGARA BUKAN ISLAM)

PENGERTIAN TENTANG NEGARA ISLAM DAN NEGARA BUKAN ISLAM

Maksud daripada Negara harbi secara terminology fikah iaitu Negara bukan Islam, lawannya adalah Negara islam Para ahli fikah telah berijtihad di dalam mendefinisikan makna kedua Negara ini, di mana setiap Negara mempunyai hokum-hukum tersendiri. Di antara definisi yang dipaparkan adalah:

1. Negara Islam adalah nama suatu tempat yang dikuasai oleh kaum muslimin yang diduduki dengan amannya oleh kaum muslimin di dalamnya.

2. Negara harbi iaitu Negara yang kekuasaannya ada pada kaum kafir dan tidak ada tanggungan kaum muslimin terhadapnya.

Daripada definisi ini difahami bahawa, para ulama tidak mensyaratkan penduduk negeri tersebut haruslah kaum muslimin yang cukup dengan satu syarat iaitu hendaklah hukumnya berasal daripada kaum muslimin yang menerapkan hokum-hukum Islam di dalamnya. Namun, tidak disebutkan pula syarat, “Penerapan hukum-hukum Islam.” Ada pun sebabnya adalah bahawa daripada segi hakim-hakim kaum muslimin adalah sebuah aksioma di sisi para ahli fikah kita terdahulu yang dirahmati oleh Allah s.w.t. Oleh sebab itu, di antara mereka terdapat seseorang yang tidak menyebutkannya untuk sebab itu.

HUKUM ISLAM DI DALAM HAL HUBUNGAN SEORANG MUSLIM DENGAN DENGARA BUKAN ISLAM

Di dalam kitab al-Mughni di dalam fikah Hambali disebutkan: “sudah menjadi kebiasaan para pedagang Dar al-Harb masuk ek wilayah kita dengan membawa barang dagangan dan para pedagang kita masuk ke wilayah mereka untuk berniaga.

Di antara sumber hukum yang membolehkan seorang muslim memasuki dar al-harb untuk berniaga ialah melalui as-sunah (hadith) yang disebutkan dalam al-Mabsuth karangan as-sarkhasi di dalam fikah hanafi, “Bahawa penarik pajak perniagaan menulis kepada Umar bin Khattab, “Berapakah banyak pajak yang harus kita tarik daripada pedagang ahli Harb iaitu apabila mereka memasuki dar Islam?’. Maka, apa yang dapat diringkaskan ialah, apabila mereka mengambil pajak dengan satu persepuluh, maka, ambil juga bilangan yang sama.

Dalam menguatkan lagi hujah supaya orang orang muslim boleh memasuki Negara kafir dan menetap di dalamnya untuk berdakwah, Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 107 :

Maksudnya: “ dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Huraian yang hendak di sampaikan ialah, bahawa bukti di atas tadi yang mendorong kaum muslimin untuk menyampaikan apa yang telah di bawa oleh Nabi s.a.w daripada Tuhannya kepada seluruh umat manusia sesuai dengan kemampuan mereka, ekrana hal ini merupakan kewajipan seorang muslim untuk berdakwah.

HUKUM KELUAR DARIPADA NEGARA BUKAN ISLAM BAGI SEORANG MUSLIM

Penafsiran daripada ayat al-quran surah an-Nisa ayat 97, menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak mungkin untuk menjalankan agamanya di negaranya sendiri disebabkan suatu sebab apa pun, dan dia mengetahui bahawa dia mungkin untuk menjalankan agamanya di Negara lain, maka dia harus melakukan hijrah ke Negara tersebut.

Kemudian, Ibnu ‘Athiyah berkata di dalam menafsirkan ayat yang saat ini dipersoalkan bahawa al-Abbas menulis surat kepada rasulullah s.a.w memberitakan keadaan-keadaan orang musyrik, dan dia berkeinginan untuk berhijrah. Maka, Rasulullah s.a.w menulis surat dengan isi suratnya ialah “ menetaplah di Mekah, kerana menetapnya kamu di situ sangat berguna bagi kami.

Menurut Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad abu Syuhbah mengatakan di dalam bukunya, ‘ Sejarah Nabi di bawah cahaya al-Quran dan al-sunnah,” menceritakan tentang tawanannya al-Abbas di dalam perang Badar. Dalam tafsirannya menyatakan bahawa ketika itu beliau terpaksa keluar ke medan peretmpuran kerana terpaksa dan sebelumnya ia telah memeluk Islam.

PENDAPAT-PENDAPAT AHLI FIQAH TENTANG KELUARNYA SEORANG MUSLIM DARI NEGARA BUKAN ISLAM

Di dalam al-Muqni’ dan al-Syarh al-Kabir dalam fikah Hambali menyebutkan kesimpulan daripada masalah ini seperti berikut:

1. Hijrah adalah keluar daripada Negara bukan Islam menuju ke Negara Islam.

Bukti: Firman Allah yang menyatakan bahawa :” Bukankah bumi Allah s.w.t. itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?”

2. Perintah untuk hijrah tidak akan terputus sampai terputusnya perintah untuk bertaubat.

Bukti: Hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda iaitu “ Dan perintah untuk bertaubat tidak akan terputus sampai matahari terbit daripada barat. Jadi, hokum hijrah adalah tetap dan tidak terputus sampai hari kiamat.

3. Terdapat tiga golongan manusia di dalam berhijrah.

i. Bukti: Orang yang diwajibkan ke atasnya berhijrah kerana keadaan seperti ini tujuan melaksanakan kewajipan agama yang sangat wajib bagi hijrah..

ii. Bukti: Orang yang tidak wajib berhijrah iaitu orang yang tidak mampu melakukannya kerana sakit atau dipaksa untuk menetap. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Maka hijrah bagi mereka tidak dianjurkan kerana mereka tidak mampu melakukannya.”

iii. Bukti: Orang yang disunnahkan kepadanya hijrah dan tidak diwajibkan iaitu orang yang mampu melaksanakannya akan tetapi dia dapat menjalankan kegiatan agamanya meskipun dengan menetap di Negara kafir.

PERLINDUNGAN POLITIK DAN PERLINDUNGAN KEMANUSIAAN

Jika seorang muslim mendapati dirinya tidak aman di dalam negaranya dan ia tidak menemui Negara Islam untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan, atau mahu menerimanya sebagai penduduk tetap, kemudian dia menemui engara kafir yang mahu menerimanya berdasarkan apa yang disebut dengan perlindungan politik atau perlindungan kemanusiaan, maka di dalam keadaan ini, hukmunya dia dibenarnya oleh syariat untuk menetap di Negara tersebut.

Menurut kajian-kajian fiqh semasa, yang memberi pendapat bahawa orang seperti ini di dalam keadaan terpaksa untuk menetap di Negara bukan Islam dan di dalam keadaan ini dia memiliki alasan yang dibenarkan oleh syariat. Sebagai buktinya adalah berlindungnya kaum muslimin pada zaman Mekah ke Negara Habsyah dengan izin persetujuan Nabi s.a.w.

Dengan mengetahui permintaan perlindungan ini disebutkan, ketika seksaan kepada kaum muslimin semakin hebat yang dilakukan oleh kaum musyrik Mekah dan Nabi melihat penderitaan tersebut menimpa para sahabatnya , namun Baginda tidak dapat mencegahnya kerana Baginda hanya membolehkan mereka untuk berhijrah ke negeri Habsyah sahaja. Tujuannya adalah di sana terdapat raja yang tidak pernah menzalimi seseorang. Habsyah adalah tanah kebenaran sehingga Allah s.w.t memberikan kepada kita jalan keluar daripada keadaan yang kita alami ketika ini.

Maka, hasilnya setelah kaum muslimin berhijrah ke negeri Habsyah sampai di mekah, keadaan di Mekah adalah sangat huru hara kerana mereka berpecah belah disebabkan untuk memasuki mekah. Ada juga yang tetap masuk di bawah perlindungan atau secara sembunyi-sembunyi dan selebihnya kembali semula ke Habsyah. Bukti yang menyatakan orang yang masuk di bawah perlindungan seorang musyrik ialah Uthman bin Mazh’un r.a dan Abu salamah bin Abdul Asad yang masuk di bawah perlindungan bapa saudaranya Abu Talib.

Secara keseluruhannya, banyak lagi huraian yang berkaitan tentang hukum Islam di dalam hubungan seorang Muslim dengan Negara Harbi (Negara Bukan Islam). Penjelasan yang diberikan berdasarkan sumber hokum melalui al-Quran, al-Sunnah, Ijmak Ulama dan juga al-Qiyas. Namun, perbahasan mengenai sesuatu isu atau masalah yang melibatkan hukum-hukum dalam Islam perlulah diteliti dengan betul dan jelas berlandaskan sumber-sumber syariat Islam.

Sumber Rujukan:

Dr. Ahmad hasbi al-Baghdadi, 2008, Kajian-kajian Fiqh Semasa, Puchong: Selangor, Berlian Publications Sdn. Bhd.

No comments: